Berita Utama

Budak lelaki meninggal dunia selepas bateri telefon meIetup di muka

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun meninggal dunia selepas bateri telefon bimbitnya meIetup di mukanya.

Kejadian tersebut berlaku di perkampungan Matwar, Halia, India.

Insiden meragut nyawa itu berlaku selepas kanak-kanak malang itu cuba menguji kuasa baterinya selepas ia dicas menggunakan pengecas ‘jugaad’ (sambungan pengecas ciptaan sendiri).

Murid darjah enam yang dikenali sebagai Monu itu, dikhabarkan meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian lantaran mengalami kecederaan serius pada mukanya.

Monu menyambungkan bateri telefon bimbitnya dengan pengecas itu dan ditinggalkan. Sejam kemudian, dia cuba memeriksan kuasa bateri itu dengan menyentuhnya, namun bateri itu tiba-tiba meIetup lalu merobek wajahnya.

Menurut laporan media tempatan, selepas mendengar letupan tersebut, ahli keluarga menemui Monu dalam keadaan terbsring dan berlumuran darah. Dia segera digegaskan ke pusat kesihatan di Matwar, dan di situ dia telah disahkan meninggal dunia.

Keluarga Monu difahamkan telahpun melakukan upacara pembakaran mayat tanpa memaklumkan perkara tersebut kepada polis.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!