Berita Utama

Buka ‘mask’ sekejap untuk minum air, dua lelaki di Perak didenda RM1,000

Dua penunggang motosikal didenda RM1,000 setiap seorang kerana menanggalkan pelitup muka untuk minum air di Parit Buntar, Perak, semalam.

Menurut laporan portal berbahasa Cina, Sin Chew Daily, kedua-dua individu terbabit menunggang motosikal untuk menghantar rakan mereka ke pusat membeli-belah.

Ketika sedang menunggu, mereka dikatakan membeli dua minuman sebelum menarik pelitup muka ke bahagian dagu untuk minum.

Selesai minum, mereka terlupa untuk menarik pelitup muka kembali kepada keadaan asal.

Tidak lama kemudian, mereka dihampiri oleh tiga anggota polis berpakaian preman.

Salah seorang anggota polis itu menunjukkan kad kuasa mereka dan membawa kedua-dua individu terbabit ke balai polis.

Mereka kemudiannya didenda sebanyak RM1,000 setiap seorang kerana tidak memakai pelitup muka dengan betul.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!