Blog Berita Online

Berita Utama

‘Caprice tak boleh berdiam lagi dah, selama ini satu Malaysia kena tipu’

PENYANYI rap, Caprice yang kini masih terkandas di Mesir dan belum dibenarkan untuk masuk ke Gaza, Palestin memberitahu yang pendakwa bebas, Ustaz Ebit Lew telah melakukan fitnah.

Malah, Caprice turut memuat naik sekeping video yang memaparkannya bersalam dan berpeluk dengan Ebit.

Sebelum ini, Ebit memberitahu yang Caprice telah menepis tangannya ketika ingin bersalam sewaktu bertemu di Mesir iaitu selepas pendakwah itu keluar dari Gaza.

“Caprice tidak boleh berdiam lagi dah. Terlalu banyak ugutan diterima. Jadi terpulanglah. Kita akan jelaskan satu per satu dan pertahankan daripada tuduhan fitnah iaitu jenayah dalam Islam yang lagi teruk dari membunuh.

“InsyaAllah, anda akan lihat dan faham kenapa saya terluka hari dan kenapa selama ini satu Malaysia ditipu. Air mata dan kopiah tu tidak boleh selamatkan kamu lagi dah,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice turut memberitahu yang dia akan menjawab beberapa lagi dakwaan dan janji pendakwah itu kepadanya selepas ini.

“Mengenai isu melutut, apa dia janji kepada Caprice di hotel, dan ape berlaku di gaza yang buat Caprice sakit hati semua akan di jawab.

“Saya minta maaf kerana saya sudah tidak tahan caci maki lagi sementara orang-orang kuat susun strategi untuk sembunyikan Caprice,” katanya.

Terdahulu, Ebit telah menjawab tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh Caprice dan seorang lagi individu yang dikenali sebagai Nadir Al-Nuri secara langsung di media sosialnya.

Ebit sebelum ini telah pergi ke Gaza dan menyampaikan sumbangan kepada penduduk di sana. Carpice yang turut berada di Mesir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke Gaza sehingga hari ini.

Namun, selepas Ebit keluar dari Gaza, Caprice mula membuat beberapa tuduhan terhadap pendakwah tersebut yang didakwanya berkaitan dengan isu Gaza. -SM

Leave a Reply