Berita Utama

CEO KWSP sudah berputus asa dengan i-Sinar?

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sudah mengalah (give up) dengan isu pengeluaran Skim i-Sinar yang masih belum memuaskan hati pecarum-pencarum di negara ini.

Lantaran itu, Tunku Alizakri didakwa ‘menendang bola’ kepada Lembaga Pengarah KWSP dan Menteri Kewangan dalam menangani isu tersebut.

Ia susulan kenyataan terbaharu KWSP malam tadi yang memaklumkan organisasi itu sentiasa mengambil berat setiap permintaan dan cadangan daripada pihak-pihak berkepentingan.

Menurut KWSP, setiap proses atau perubahan dasar atau penambahbaikan akan menjalani proses pertimbangan sewajarnya dan dibentangkan kepada Ahli Lembaga KWSP untuk kelulusan.

Kata KWSP lagi, berhubung permohonan untuk memansuhkan semua kriteria dan syarat di bawah kemudahan i-Sinar, pihaknya akan membawa perkara berkenaan kepada perhatian dan pandangan Kementerian Kewangan.

”Pendapat saya ialah CEO KWSP sudah give-up dan telah tendang bola kepada Lembaga Pengarah serta Menteri Kewangan.

”Mesej yang CEO nak sampaikan dalam kenyataan terbaru ini ialah jika Lembaga Pengarah dan Menteri Kewangan tak luluskan, jangan salahkan dia lagi,” kata Najib lagi. – MalaysiaGazette

Loading...

1 Comment

  1. ZAKIL HUSSAIN MADON

    Pada pendapat saya secara peribadi, sekarang ni ramai yang terkesan dengan pandemik Covid-19. Bukan hanya B40 sahaja malah M40 pun sama. Statement-statement yg dikeluarkan oleh pihak KWSP mengenai ‘natijah’ yang akan menimpa pencarum sekiranya pengeluaran dilakukan sedikit sebanyak ada kebenarannya tetapi ianya hanyalah kes-kes ‘terpencil’.

    Dalam mengharungi hidup yang dikatakan norma baharu semua pihak terkesan. Bagi golongan M40 walaupun dipandang seakan-akan ‘mewah’ jika dilihat dari gaji yang diterima ianya bukanlah seperti yang dilihat. Realitinya golongan ini juga menghadapi situasi yang sama dengan B40. Lebih-lebih lagi jika terlibat dengan PKP dimana perbelanjaannya ‘terkeluar’ dari biasa.

    Oleh yang demikian, dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh pihak KWSP ianya seolah-olah ‘membunuh’ dengan lebih awal kepada pemohon dalam Kategori 2. Syarat-syarat tersebut seperti si pemohon ingin memohon pinjaman dari syarikat kewangan atau institusi kewangan perbankan. Sedangkan kami ingin memohon caruman kami sendiri dari pihak yang diamanahkan menjaga kewangan kami.

    Jadi disini saya berharap sangat agar syarat-syarat yang ditetapkan itu dapat dikaji semula oleh pihak KWSP demi kepentingan pencarum-pencarum dari Kategori 2.

Leave a Reply

error: Content is protected !!