Blog Berita Online

Viral

Che Nom izinkan orang ramai guna resipi dan gambar masakan untuk berniaga

Kembalinya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermaksud kembalinya juga aktiviti kegemaran rakyat Malaysia untuk tempoh sama sepanjang tahun lalu iaitu- memasak atau menonton rancangan masakan di YouTube.

Jika anda masih ingat pada tahun lalu, ramai dalam kalangan kita yang mula mengenali personaliti-personaliti masakan yang baru seperti Che Nom selain daripada Sugu Pavithra yang mana perkongsian mereka menjadi rujukan untuk berekperimentasi di dapur.

Kini, selepas hampir setahun dan PKP yang hampir sama dengan tahun lalu, YouTuber masakan terkenal Che Nom tampil kembali menjadi topik perbualan di media sosial Twitter hari ini dan menjadi antara topik trending yang dibicarakan dengan lebih 10,000 ciapan.

Semakan lanjut mendapati, Che Nom mula menjadi trending di laman sosial Twitter selepas satu ciapnnya yang dirasakan sebagai satu respons terhadap isu paten melibatkan keluarga selebriti popular tanah air yang tular baru-baru ini.

Walaupun hanya menyatakan keizinan untuk ramai menggunakan resipi dan perkongsian yang dibuatnya sebelum ini, namun ianya tular dan mencatatkan sehingga hampir 20,000 retweet (ulang kicau) di platform berkenaan.

Dalam balasan kepada netizen, Che Nom juga menjelaskan beliau turut memberi izin kepada orang ramai untuk menggunakan gambar yang dihasilkannya bagi tujuan berniaga.

“Kalau guna resipi Che Nom, nak gambar buat niaga untuk sticker ke banner ke apa, ambil sahaja di laman sesawang itu,” jawab beliau kepada netizen yang risau akan dikenakan tindakan jika berbuat demikian.

Buat anda yang tidak tahu, Che Nom adalah merupakan seorang YouTuber tempatan yang sering berkongsikan resipi masakan di platform perkongsian video berkenaan.

Dengan 922,000 pengikut (subscribers) dan lebih 100 video masakan beserta resipi, Che Nom kini hanya memerlukan sekitar 80,000 pengikut sahaja lagi untuk mencapai angka sejuta pengikut.

Leave a Reply