PUTRAJAYA – Sebanyak 140 kes pulih dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih di negara ini sebanyak 7,873 kes atau 92.5 peratus.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bagi kes baharu pula sebanyak 10 kes dilaporkan sehingga jam 12 tengah hari ini dan daripada jumlah berkenaan tiada kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
Beliau berkata, daripada 10 kes baharu, tiga daripadanya membabitkan bukan warganegara.
“Tiada pertambahan kes kematian disebabkan oleh COVID-19 dan jumlahnya kekal sebanyak 121 kes atau 1.42 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.
Leave a Reply