Berita Utama

Covid-19: Hanya 10 kes baru hari ini, 86 pesakit sembuh dan tiada kematian

Malaysia hari ini terus mencatatkan kes baru jangkitan Covid-19 pada dua angka selama dua hari berturut-turut.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah pada sidang akhbarnya di Putrajaya, hari ini berkata sebanyak 10 kes Covid-19 baru dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan adalah sebanyak 7,629 kes.

Ini adalah kes terendah yang dicatat sejak perintah kawalan pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

Sebelum ini, kes positif terendah adalah sebanyak 16 kes pada 12 Mei lalu dan 15 kes semalam.

Beliau juga memaklumkan tiada kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan hari ini.

Ini bermakna lima hari berturut-turut tiada kematian akibat wabak berkenaan direkodkan sejak 22 Mei lalu.

Noor Hisham berkata sebanyak 8 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, empat kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sementara itu, menurutnya jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini adalah sebanyak 1,345 kes.

“Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media hari ini.

Loading...

Leave a Reply