Blog Berita Online

Berita Utama

Covid-19: KKM kesan kluster baharu pekerja pembersihan warga Bangladesh

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan satu kluster COVID-19 baharu membabitkan pekerja pembersihan.

Kluster itu dikesan mengakibatkan seramai 24 warganegara Bangladesh dijangkiti wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster berkenaan dikenal pasti sebuah klinik swasta yang bertanggungjawab mengadakan saringan terhadap pekerja syarikat berkenaan.

“20 individu yang dikesan dijangkiti menginap di dalam sebuah asrama di Kuala Langat, Selangor, manakala empat lagi individu di sebuah pangsapuri di Nilai, Negeri Sembilan.

“Klinik berkenaan mengadakan saringan kesihatan itu berdasarkan inisiatif syarikat pembersihan berkenaan,” katanya dalam sidang media harian COVID-19, hari ini.

Katanya, setelah kluster itu dikenal pasti, KKM segera mengesan kontak rapat dan memeriksa sejumlah 428 individu.

Beliau berkata, penularan jangkitan berkenaan berpunca daripada kesesakan tempat tinggal dan tiada penjarakan sosial yang selamat.

Leave a Reply