Berita Utama

Cucu Mahathir sifatkan penyokong Najib sebagai badut, bodoh

Kuala Lumpur – Cucu kepada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan para penyokong Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak sebagai bodoh.

Melia Serena Mukhriz berkata demikian sebagai maklumbalas terhadap ribuan penyokong Najib yang berkumpul di perkarangan Mahkamah Jalan Duta hari ini untuk bersolidariti kepada bekas perdana menteri itu.

“Semua orang yang menjerit “bosku!” di di Mahkamah Tinggi hari ini adalah kumpulan badut. Bagaimana anda boleh menyokong lelaki yang bertanggungjawab dalam kes kleptokrasi terbesar di dunia? Bodoh,” katanya sebentar tadi.

Mereka lengkap memakai baju biru dan merah tertulis “bossku” sambil melaungkan “hidup bossku” dan “kita sayang bossku”.

Difahamkan, penyokong yang hadir terdiri daripada akar umbi Barisan Nasional (BN), Umno, MIC dan MCA yang mula berkumpul sejak jam 5 pagi.

Antara pemimpin yang hadir Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan, ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman, dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Sementara itu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan Najib didapati bersalah atas tujuh pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan wang haram membabitkan dana bernilai RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd (SRC).

Keputusan itu dibacakan oleh hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang menyifatkan pihak pendakwaan berjaya mewujudkan kes ke atas Najib melebihi keraguan yang munasabah.

“Kesimpulannya, dalam penghakiman saya, setelah mempertimbangkan semua bukti yang dikemukakan di mahkamah ini.

“Saya dapati pihak pembelaan tidak berjaya membantah anggapan mengenai keseimbangan kemungkinan atau menimbulkan keraguan munasabah terhadap tuduhan,” katanya.

Najib didapati bersalah di bawah Seksyen 23 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Loading...

Leave a Reply