Blog Berita Online

Hiburan

Dah empat kali langgar SOP, netizen lancar petisyen gesa Neelofa dipenjara

Sebut sahaja nama Neelofa ketika ini, pasti teringat isu terpalit mengenai dakwaan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Terbaru, terdapat individu mewujudkan petisyen di laman Change.org yang memerlukan sejumlah tandatangan orang ramai bagi melaksanakan hukuman penjara terhadap usahawan dan selebriti tersebut.

Menerusi ruangan petisyen, individu menggunakan nama ‘Hentikan Double Standard’ itu mendakwa selebriti berusia 32 tahun tersebut telah berulang kali melanggar SOP dengan menyenaraikan beberapa kesalahan.

Meninjau ke platform media sosial, segelintir pengguna laman Twitter ‘rancak’ menjayakan misi petisyen tersebut yang sehingga kini mengumpul hampir 2,500 tandatangan.

Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor telah mencetuskan kontroversi apabila merentas negeri ke Pulau Langkawi di Kedah dan Nilai, Negeri Sembilan bersama suaminya Haris Ismail.

Leave a Reply