Sebuah rumah di Kuantan, Pahang diserbu pihak Majlis Pembandaran Kuantan (MPK) selepas didapati menternak ayam di kawasan perumahan.
Pihak berkuasa menerima aduan daripada jiran tetangga yang memaklumkan pemilik kediaman menjadikan laman tepi rumah mereka sebagai kawasan penternakan ayam.
Menurut pihak MPK, memelihara atau menternak di kawasan perumahan merupakan satu kesalahan kerana melibatkan kesihatan awam dan kebersihan.
Boleh bayangkan bagaimana penduduk terpaksa menghidu bau busuk dan lalat kerana tindakan tidak sensitif kepada jiran tetangga itu.
Dalam pada itu, MPK menggesa ahli rukun tetangga agar memainkan peranan lebih besar dalam memberi maklumat sekiranya terdapat aktiviti sebegini di kawasan perumahan dan menjadi komuniti bandaraya yang prihatin.
Menerusi beberapa gambar yang dikongsi di media sosial, kelihatan pemilik rumah berkenaan mendirikan reban ayam yang agak besar memandangkan kawasan tepi rumahnya yang luas.
Dalam serbuan itu, pihak MPK turut merampas beberapa ekor ayam yang dipelihara oleh pemilik kediaman tersebut.
Sementara itu, rata-rata netizen menyatakan kurang setuju dengan tindakan pemilik rumah yang dilihat sangat pentingkan diri sendiri.
Malah, ada yang merasakan rumah berkenaan seperti berada di kampung.
Leave a Reply