Adat berniaga ini banyak rencah dan asam garamnya. Kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai cabaran, lebih-lebih lagi daripada pelanggan sendiri.
Seperti apa yang dialami oleh Nusantara Burger dalam group Facebook Burger Malaysia ini, abang peniaga ini diuji apabila pelanggan membatalkan pesanannya secara tiba-tiba.
Bukan satu, bukan dua tapi berpuluh-puluh kerugian.
Lebih menyayat hati, 30 burger itu sudah siap dimasak dan peniaga itu dalam perjalanan menghantar pesanan sebelum ia dibatalkan.
“First time dapat customer order lewat pukul 9.30 malam. Order burger ayam special 15, daging special 15. Elok dalam perjalanan nak COD, terus dia call cancel order sebab lambat.
“Sebelum nak buat, minta suruh transfer. Customer cakap takdak kad ATM, nak bayar cash. Bertabahlah, mungkin ujian dari Allah. Rezeki untuk gelandangan, amin amin ya rabbal a’lamin..,” kongsi Nusantara Burger.
Perkongsiannya itu menerima pelbagai maklum balas daripada warga group tersebut, rata-rata mereka menzahirkan rasa simpati terhadapnya.
Semoga abang burger ini dimurahkan rezeki olehNya. Aaminn..
Leave a Reply