Blog Berita Online

Politik

DAP bengang pawagam di Terengganu diasing ikut jantina

Timbalan Setiausaha Agung DAP Nga Kor Ming tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan negeri Terengganu pimpinan Pas yang melaksanakan perintah pengasingan jantina di pawagam di negeri itu.

Sehubungan itu, beliau menggesa Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Nancy Shukri supaya meminta kerajaan negeri agar membatalkan arahan tersebut.

Nga berkata, kerajaan persekutuan tidak wajar berdiam diri berkenaan perkara tersebut yang mungkin memberi kesan terhadap kemajmukan budaya di Malaysia.

Majlis Perbandaran Kuala Terengganu (MPKT) berundur ke belakang dengan melaksanakan perintah pengasingan jantina yang mungkin menggambarkan imej buruk buat negeri itu, kata timbalan speaker Dewan Rakyat itu hari ini.

Jelas Nga, tiada pawagam dalam negara yang melaksanakan peraturan bagi mengasingkan lelaki dan wanita.

Untuk rekod, Kelantan yang ditadbir PAS tidak mempunyai panggung wayang sejak hampir 30 tahun lalu.

Jabatan Pelancongan Terengganu telah melaksanakan garis panduan syariah bagi penganjur program pada 2018.

Pada 1 Julai lalu, pawagam yang beroperasi di Kuala Terengganu mengumumkan perlaksanaan pengasingan jantina seperti diarahkan oleh majlis perbandaran di negeri itu.

Mengulas lanjut, Nga juga berkata arahan itu juga perlu mempertimbangkan kegiatan menonton wayang juga adalah riadah keluarga.

“Statistik kementerian dalam negeri menunjukkan bahawa pawagan adalah tempat hiburan buat keluarga bukan tempat jenayah.

“Bagaimanapun, kerajaan negeri ini telah mengasingan pasangan berkahwin, bapa dan anak, ibu dan anak. Adakah ia wajar,” soal anggota parlimen Teluk Intan itu.

Nga berkata beliau menyuarakan kebimbangan masyarakat bukan Islam yang khuatir dengan beberapa isu terkini, termasuk penbekuan lesen alkohol baru di Kuala Lumpur dan pengasingan jantina di pawagam Terengganu.

1 Comment

  1. Mohd shaiful fitri bin Abu talib

    Selamat semuanya memang xpatut diasingkan lelaki Dan perempuan dlm pawagam cuma seandainya berlaku perkara tidak senonoh wajar dihalau saja pasangan berlaku tidak senonoh itu atau ditangkap bagi saya pawagam tempat hiburan keluarga bagi menonton cerita seram kartun yang disalahguna oleh individual yang tidak bertanggungjawab

Leave a Reply