Tindakan DAP Sarawak yang menambah tulisan Cina pada papan tanda jalan raya di sekitar Kuching telah dikecam netizen.
Menerusi gambar yang dimuat naik di Facebook parti itu, kelihatan beberapa individu sedang menampal tulisan Cina di bawah tulisan bahasa Melayu papan tanda tersebut.
Bagaimanapun, perbuatan mereka menerima kecaman ramai pihak termasuklah NGO Gerakan Pengundi Sedar (GPS)
“Bulan kemerdekaan adalah bulan menghayati sejarah negara Malaysia. Bukan bulan mengangkat identiti negara China.
“Lihatlah betapa biadap DAP dalam menghormati bulan kemerdekaan ini.
“DAP sentiasa akan menjadi musuh kepada rakyat Malaysia,” katanya.
Malah seorang netizen menyifatkan perbuatan tersebut sebagai satu tindakan vandalisme terhadap harta benda awam.
Leave a Reply