Blog Berita Online

Berita Utama

Datuk Jamali Shadat meninggal dunia

KUALA LUMPUR – Pelawak veteran, Datuk Jamali Shadat, 78, dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah Pelabuhan Klang, pagi Rabu.

Memetik laporan Sinar Harian, perkara berkenaan disahkan oleh anaknya, Fauzi Jamali, 48, yang memaklumkan bapanya menghembuskan nafas terakhir pada jam 8.15 pagi.

“Ya betul (meninggal dunia). (Pada jam) 8.15 pagi tadi (Rabu),” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu laporan Harian Metro, menyatakan cucu kepada Allahyarham, Isyraq Ariff Zalull Ariff, pemergian datuknya itu disedari pakciknya pagi tadi.

Katanya, doktor kemudiannya mengesahkan bahawa datuknya sudah meninggal dunia.

Beliau berkata urusan proses pengebumian akan dimaklumkan kemudian.

Allahyarham Jamali dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor dan mempunyai lapan anak dan 39 cucu.

Pelawak komedi popular itu cukup terkenal pada 1980-an, dengan kebolehannya membawa watak kanak-kanak bernama ‘Atan’.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan uzur dan perlu bergantung kepada bantuan anak dan menantunya untuk menguruskan diri.

Anak keenam beliau, Fauzi Jamali, 48, berkata, bapanya banyak mendiamkan diri, murung dan kerap tidur selepas kematian ibunya, Allahyarham Lela Yacob pada Jun 2018.

Menurutnya, tahap kesihatan dan ingatan Allahyarham yang menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis juga merosot sejak dua tahun lalu.

Leave a Reply