Blog Berita Online

Berita Utama

Derita barah esofagus hingga fizikal berubah, doakan kesembuhan buat pemuda ini

Baru-baru ini, tular satu perkongsian yang memaparkan seorang pemuda berusia 20 tahun menderita barah esofagus sehingga menyebabkan fizikalnya berubah.

Fajar Septiawan yang berasal dari Desa Jajar Sumberkepuh, Kabupaten Tanjunganom Nganjuk, Indonesia dilaporkan sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Lebih menyayat hati apabila perutnya tepaksa ditebuk bagi menyalurkan makanan melalui tiub kerana dia tidak boleh menggunakan mulut seperti biasa.

Tiubnya itu pula difahamkan sering tersumbat.

Bahkan dia dikatakan terpaksa membersihkan atau menukar tiub yang baru di Rumah Sakit Sutomo di Surabaya.

Keadaan kesihatan Fajar sering kali menyusut dan ianya memaksanya untuk berulang-alik ke hospital.

Berat badan Fajar juga turun secara drastik. Malah, beberapa potret dirinya sebelum dan selepas menderita barah esofagus telah membuatkan ramai warganet bersimpati.

Netizen yang bersimpati akan nasibnya itu telah bekerjasama untuk mengutip dana buat Fajar agar dapat meringankan ujian yang dihadapinya.

Leave a Reply