Berita Utama

Diego Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung

LEGENDA bola sepak, Diego Maradona dilaporkan meninggal dunia pada usia 60 tahun.

Agensi berita BBC melaporkan, bekas pemain tengah dan pengurus pasukan Argentina itu mengalami serangan jantung di rumah.

Maklumat lanjut bagaimanapun belum diperoleh, namun beberapa media antarabangsa sudah melaporkan mengenai kematian bintang berkenaan.

Beliau sebelum ini menjalani pembedahan bagi mengeluarkan darah beku pada otak awal November lalu, selain pernah menjalani rawatan kerana ketagihan alkohol.

Beliau yang diiktiraf sebagai salah seorang pemain terhebat dalam sejarah, menjadi kapten ketika Argentina memenangi Piala Dunia 1986, dengan persembahan permainan yang luar biasa.

Beliau juga bermain untuk Barcelona dan Napoli semasa zaman kegemilangannya selain memenangi dua gelaran Serie A dengan pasukan Itali.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!