Kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk kerap berlaku sejak kebelakangan ini malah ia turut melibatkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya yang lain.
Namun, sebagai masyarakat kita tidak sepatutnya membuat tuduhan melulu dengan mengaitkan pemandu dengan penggunaan bahan terlarang sebagaimana penularan video berdurasi 1:17 minit ini.
Menerusi perkongsian di Facebook Galeri Lori Bas, seorang wanita telah menuduh seorang lelaki pertengahan usia dalam keadaan ‘lalok’ kerana merempuh beberapa buah kenderaan di pinggir jalan.
Video tersebut mendapat perhatian daripada pemandu lori yang lain dengan memaklumkan tuduhan tersebut sama sekali tidak tepat kerana pemandu treler berkenaan sebenarnya mengalami serangan jantung dan telah disahkan meninggal dunia.
Berikutan itu, netizen telah meninggalkan pelbagai reaksi berhubung video tersebut,
Netizen bukan sahaja kecewa dengan tuduhan melulu perakam video malah sedikit ralat kerana mangsa lewat diberikan bantuan pernafasan sehingga menyebabkan kematiannya.
Leave a Reply