Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Begitulah nasib yang menimpa seorang bayi berusia enam bulan, Muhd Adam Riefky Muhd Zahir yang parah selepas terlibat dalam kemalangan, baru-baru ini.
Dalam kejadian yang berlaku di Taman Seri Akasia Mengkuang, Bukit Mertajam itu, mengsa yang menaiki motosikal bersama ibu bapanya parah pada bahagian kepada dan kini dirawat di Hospital Pulau Pinang.
Mangsa terpaksa menjalani pembedahan membuang sedikit tempurung kepala disebabkan berlaku pembengkakan pada bahagian otaknya.
Sementara itu, seorang individu dipercayai ahli keluarga terdekat mangsa meminta jasa baik orang ramai agar mendoakan kesembuhan anak kecil ini.
“Tak mintak banyak cuma minta doakan anak sekecil ini dan ibu bapanya kuat untuk menghadapi dugaan Allah ini.
“Empat kali degup jantung babay Iqy berhenti dan sekarang masih belum stabil
“Minta secebis doa dari kalian. Semoga Allah makbulkan setiap doa. Aaminn. Terima kasih rakyat Malaysia,” katanya.
Leave a Reply