Politik

Dr Abd Latiff mohon maaf kata Umno parti tak laku

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Mersing, Datuk Dr Abd LAtiff Ahmad memohon maaf berkenaan kenyataannya melalui satu video yang tular di media sosial sejak semalam.

Memetik laporan portal PNBBC, Abdul Latiff yang juga merupakan Menteri Pembangunan Luar Bandar mendakwa kenyataannya dalam video tersebut telah disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

“Kenyataan itu adalah kenyataan peribadi, bukan mewakili parti. Saya dengan rendah diri ingin memohon maaf sekiranya kenyataan saya itu menyinggung perasaan sesetengah pihak.

“Musuh sebenar adalah pihak lawan, jangan biarkan kita bercakaran. Saya sekali lagi memohon maaf atas kekhilafan saya,” katanya.

Semalam, kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri dari Bersatu itu disifatkan sebagai berbentuk hinaan terhadap Umno dan merupakan kenyataan yang tidak masuk akal berikutan kebanyakan menteri daripada parti itu juga didakwa tidak mempunyai kualiti yang diperlukan oleh rakyat.

Kenyataan Latiff juga yang mendakwa bahawa Umno sudah tidak laku di Sabah merupakan satu kenyataan yang dangkal.

Ia boleh dirujuk pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Kimanis yang lepas, menunjukkan calon daripada Umno yang memenangi PRK itu dengan majoriti yang besar, bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Latiff semalam.

Dalam masa sama, beberapa pihak juga turut menuntut supaya Latiff membuat permohonan maaf secara terbuka kepada kepimpinan dan ahli Umno secara keseluruhannya.

Loading...

Leave a Reply