Berita Utama

Dua kali ditidurkan, isteri tersayang akhirnya pegi jua bersama bayi dalam kandungan

Kes jangkitan Covid-19 dalam kalangan ibu mengandung semakin serius, dengan 78 kematian direkodkan sejak Januari sehingga 12 Ogos lalu berbanding tiada kematian dilaporkan pada tahun lalu.

Lebih membimbangkan, daripada jumlah 78 kematian itu, 63 kes atau 87 peratus direkodkan dalam tempoh dua bulan terakhir ini iaitu 17 kematian dalam bulan Jun, 29 (Julai) dan 17 (setakat 8 Ogos).

Terbaru, seorang wanita hamil enam bulan meninggal dunia bersama bayi dalam kandungannya selepas dijangkiti virus tersebut.

Mangsa yang dikenali sebagai Herni Yusnilah disahkan menghidap Covid-19 pada akhir bulan lalu sebelum menghembuskan nafas terakhir pada 11.40 malam tadi.

Sementara itu, rata rata kenalan Allahyarham amat terkejut dengan berita yang mendukacitakan itu. Allahyarham Herni disifatkan sebagai seorang sahabat dan kenalan yang sangat baik sepanjang hayatnya.

Mereka mengucapkan takziah kepada kepada keluarga Allahyarham selain mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!