Blog Berita Online

Berita Utama

Dua lelaki maut kereta bertembung treler

SITIAWAN – Dua lelaki maut selepas kereta bertembung treler dalam kemalangan di Jalan Teluk Intan-Sitiawan berhampiran Kampung Kayan di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 7.30 pagi itu, mangsa, Zaibidi Muhi, 40, dan Mohd Raimi Rustam, 34, yang menaiki Proton Wira mati di lokasi kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sitiawan, Mohd Zaki Zainol, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.32 pagi sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi.

Beliau berkata, kereta dinaiki mangsa dipercayai datang dari arah Sitiawan menghala ke Teluk Intan manakala treler dari arah bertentangan.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitkan sebuah kereta dan treler menyebabkan seorang mangsa tersepit di tempat duduk pemandu manakala seorang lagi mangsa sudah dikeluarkan oleh orang awam.

“Bomba mengambil masa 20 minit untuk mengeluarkan mangsa sebelum kedua-dua mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, operasi bantuan itu tamat pada 8.18 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Leave a Reply