Berita Utama

‘Dahsyat, sampai orang Afrika pun kenal dia’ – Ebit Lew lebarkan misi bantuan kemanusiaan ke luar negara

SIAPA yang tidak kenal dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew?

Figura berwajah lembut dan tutur kata yang sopan ini dikenali setiap peringkat usia di Malaysia kerana usaha serta pendekatan dakwahnya menerusi kerja-kerja kebajikan tanpa mengira bangsa.

Baru-baru ini, Ustaz Ebit telah terbang ke Afrika Selatan bagi memperluaskan aktiviti kebajikannya ke negera berkenaan.

Beliau berkongsi pengalaman itu di Facebook miliknya pada Rabu yang memaparkan penderitaan dan kedaifan penduduk di sana.

Katanya, melahirkan rasa hiba tatkala melihat sendiri kehidupan penduduk negara termiskin itu yang dikatakan tiada bekalan elektrik, air, malah saiz rumah hanya sebesar tandas.

“Kawasan luar bandar saya pergi semua tinggal rumah zink kotak.

“Rumah sebesar saiz tandas sahaja, tiada elektrik dan air. Tandas pakai gali lubang besar, sampai sahaja mereka semua sudah tunggu saya. Siap semua menyanyi dan menari,” tulisnya ringkas.

Ebit Lew turut menggambarkan kegembiraan penduduk berkenaan apabila menerima bantuan dan tidak lekang mulut mereka mengucap terima kasih Malaysia.

“Ada juga yang siap buat ritual mereka. Menangis-nangis cakap terima kasih. Tidak terkira ucapan mereka. Terdengar mereka sebut-sebut… Malaysia, Malaysia,” tulisnya.

Perkongsian yang meruntun jiwa itu pastinya menarik perhatian netizen yang memuji sikap dan keperibadian Ebit Lew.

“Ya ALLAH sayu hati bila lihat ustaz Ebit Lew rakyat Malaysia yang sudi membantu tidak kira siapa… Semoga ALLAH permudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki,” tulis Mazlan Mohd diruang komen.

Kata Sham Napoh, “Dahsyat, sampai orang Afrika pun kenal dia… Alhamdulillah semoga dipermudahkan segala urusannya disana” manakala Hannan Sweets menyifatkan Ebit Lew adalah contoh terbaik memperkenalkan Islam di mata dunia.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!