Kontroversi melibatkan pendakwah bebas terkenal, Ustaz Ebit Lew dan penyanyi Caprice mengenai misi bantuan kemanusiaan mereka di bumi Palestin menarik perhatian ramai pihak baik dari kalangan selebriti mahupun pemimpin politik negara.
Jika sebelum ini, pendakwah Cina Muslim, Firdaus Wong Wai Hung menyatakan sokongannya terhadap Caprice, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak pula berpihak kepada Ustaz Ebit.
Najib melalui laman Facebooknya sebentar tadi kurang setuju dengan kritikan yang diberikan kepada Ustaz Ebit yang baru kehilangan bapa tersayang.
Dalam status terbarunya itu, Najib menyatakan sokongan buat pendakwah itu.
“Ustaz baru sahaja kehilangan arwah ayah tersayang. Kenapa pula hendak kritik dia pada ketika ini?.
“I stand with you, Ebit Lew,” katanya.
Hantaran tersebut mendapat turut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya turut menyatakan sokongan buat Ustaz Ebit Lew.
Ada juga netizen yang memberikan nasihat agar mereka tidak bergaduh mengenai bantuan kepada penduduk negara luar terutama sekali ketika Malaysia sendiri kini berdepan pandemik Covid-19.
Leave a Reply