Blog Berita Online

Viral

Edit gambar Dr Noor Hisham tak pakai seluar ketika sidang media, MGAG mohon maaf

Umum tahu Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah kini sedang menjalani kuarantin di rumah berikutan beliau turut menghadiri mesyuarat di Jabatan Perdana Menteri pada Sabtu lalu yang turut dihadiri oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang disahkan positif Covid-19.

Beirkutan itu, beliau terpaksa menjalankan tugasnya memberikan laporan situasi semasa Covid-19 melalui live Facebook di rumahnya.

Namun, usaha Dr Noor Hisham itu dijadikan sebagai bahan lawak oleh salah seorang pengendali laman Facebook MGAG yang menyunting gambar Dr Noor Hisham dengan hanya memakai pakaian separuh badan.

Bagaimanapun, gambar yang mungkin dianggap lawak oleh tukang edit itu dikecam teruk oleh netizen.

Menyedari banyak reaksi negatif dari netizen, MGAG kemudian segera memadamkan gambar tersebut dan tukang edit gambar itu tampil membuat permohonan maaf.

Dalam permohonan maaf itu, Jun Yang menjelaskan dia hanya sekadar mahu menyelitkan sedikit gurauan bagi mengurangkan situasi yang dirasakannya tegang.

Meskipun permohonan maaf telah dibuat, ada segelintir netizen yang menuntut pihak berkuasa mengambil tindakan kerana bagi mereka gurauan seperti itu tidak sewajarnya dilakukan lebih-lebih lagi Dr Noor Hisham merupakan frontliner yang sepanjang masa bekerja untuk rakyat.

Media sosial sepatutnya digunakan dengan baik dan jangan sesekali digunakan untuk memuat naik sebarang kandungan yang boleh dikategorikan menyakiti hati sehingga menyebabkan diri menerima akibatnya di kemudian hari.

Leave a Reply