Semua sedia maklum mengenai kondisi penyakit yang dialami penyanyi Elyana Emrizal sejak kebelakangan ini. Sejak menderita penyakit itu 11 tahun lalu, Elyana telah menjalani puluhan rawatan kimoterapi dan radioterapi.
Namun, sesuatu yang mengejutkan telah berlaku apabila Elyana memaklumkan yang beliau telah pulih sepenuhnya daripada penyakit itu menerusi perkongsian di Instagram miliknya sebentar tadi.
Ikuti perkongsian beliau di bawah:
Assalamualaikum rakan dan keluarga di Instagram.
Hari ini saya ingin berkongsi rasa gembira dan bersyukur saya dengan anda semua..
Perjuangan dan penantian selama 11 tahun saya berhasil!!!!! Kanser saya hilang!!!!!
Alhamdulillah Ya Allah…. Terima kasih Ya Allah,kau telah mendengar doa kami..
Tak dapat saya gambarkan perasaan gembira saya.
Terlalu lama tak dapat rasa gembira ada tubuh yang sihat.. Aku pernah putus asa untuk berjuang.Aku selalu cemburu dengan kesihatan orang..
Tapi aku sangat percaya dengan keajaiban dari sang pencipta ku.
Allah Maha Baik!!!
I love u Ya Allah…🤍
Sumber: IG Elyana
Leave a Reply