Blog Berita Online

Berita Utama

Empat petugas lelaki didakwa mandikan jenazah wanita Islam

EMPAT lelaki yang merupakan petugas forensik di Hospital Djasemen Saragih, Kota Pematangsiantar, Indonesia disiasat setelah didakwa menghina Islam apabila memandikan jenazah seorang wanita.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku pada 20 September tahun lepas, lapor Tribun Batam.

Pertugas tersebut didakwa menghina Islam kerana dianggap tidak sesuai untuk mereka memandikan jenazah wanita yang bukan mahram.

Untuk rekod, petugas tersebut memandikan jenazah seorang wanita berusia 50 tahun, seorang pesakit yang disyaki meninggal dunia akibat COVID-19.

Wanita tersebut meninggal dunia pada hari Ahad, 20 September 2020 sewaktu mendapatkan rawatan.

Petugas berkenaan disiasat selepas suami pesakit berkenaan, Fauzi Munthe membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Dia tidak bersetuju apabila mengetahui empat petugas lelaki memandikan jenazah isterinya.

Menurutnya, petugas terbabit dianggap melakukan penghinaan terhadap agama kerana memandikan jenazah wanita Islam yang bukan mahram.

Prosedur pengendalian jenazah wanita itu juga dikatakan tidak menepati syariat Islam.

Leave a Reply