Berita Utama

Enggan lepaskan pelukan, foto anak arwah mangsa kemalangan sebelah keranda cetus hiba

Yatim piatu dalam sekelip mata. Itulah yang berlaku kepada anak lelaki anggota polis Muhammad Syakiran Shamsuddin dan isterinya, Nurul Ashikin Kamaruddin yang maut dalam kemalangan di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, semalam.

Muhammad Arfan Ziqri yang baru menginjak usia 22 bulan belum cukup dewasa untuk mengerti akan kehilangan kedua-kedua ibu dan bapanya termasuk adik kembarnya yang masih di dalam kandungan.

Sayu lihat anak arwah kecil tatap keranda jenazah

Tular di media sosial beberapa gambar yang memaparkan Muhammad Arfan Ziqri bermain-main di sebelah jenazah kedua ibu bapanya, telah mengundang rasa hiba.

Sekelip mata jadi anak yatim piatu

Dapat diperhatikan, walaupun tidak menegrti apa-apa, kanaka-kanak itu sudah mula merindui kedua ibu bapanya apabila tidak mahu melepaskan pelukan kedua-dua jenazah ibu bapanya yang tidak bernyawa itu.

Sementara itu, jenazah Nurul Ashikin dan Muhammad Syakiran telah selamat disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Repek Hilir, Bachok.

Ya Allah sebak tengok anak arwah

Tersentuh melihat keadaan anak arwah Muhammad Syakiran dan Nurul Ashikin, rata-rata netizen meluahkan rasa simpati dan sedih serta mendoakan roh kedua-dua mereka dicucuri rahmat.

Cukup menyentak jiwa melihatkan keadaan anak arwah yang masih memerlukan perhatian kedua ibu bapanya, terpaksa berdepan kehilangan pada usia yang masih kecil.

Loading...

Leave a Reply