Blog Berita Online

Berita Utama

Ferrari hangus terbakar, mujur pemandu selamat

SEBERANG JAYA: Sebuah kereta mewah Ferrari model 430 terbakar dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh dekat Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Seberang Jaya, Pulau Pinang pada Rabu.

Kebakaran yang memusnahkan sehingga 80 peratus jentera itu berlaku pada jam 2 petang namun pemandunya berjaya menyelamatkan diri.

Menurut Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai dengan bantuan BBP Penanti bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja panggilan kecemasan pada jam 2.08 petang.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Sukarela (PBS) Sungai Puyu yang tiba awal di lokasi kejadian sudah memadamkan kebakaran terbabit.

“Manakala anggota kita dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai melakukan kerja-kerja ‘overhaul’ bagi memastikan api padam sepenuhnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi tamat sekitar jam 2.59 petang dan punca kejadian serta kerugian sebenar masih dalam siasatan.

Leave a Reply