Berita Utama

Foto Tun M bertemu 7 pemimpin Melayu MN, PH, PBB dan Warisan tersebar

SEKEPING gambar pertemuan antara bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dan tujuh pemimpin Melayu dari Muafakat Nasional, Pakatan Harapan, Gabungan Parti Sarawak dan Parti Warisan Sabah tersebar di media sosial.

Dalam gambar berkenaan kelihatan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Turut kelihatan Presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd.Shafie Apdal, bekas Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Azmin Mohd. Ali dan Naib Yang Dipertua Kanan PBB, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Gambar tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook bernama Herman Hassan. Beliau mendakwa gambar berkenaan diambil ketika perjumpaan di kediaman Dr. Mahathir pada hari berlangsungnya “Sheraton Move” pada 23 Februari.

“Semua pemimpin besar Melayu hadir. Tun mahu semua pemimpin Melayu kembali bersatu. Ketika ini, 131 ahli parlimen menyokong Tun.

“Dan pada masa ini juga Tun tak kata pun ‘tak nak UMNO en bloc’ Nota kaki : Gambar rare – tidak pernah dikeluarkan sebelum ini oleh mana-mana pihak,” tulis beliau.-SM

Loading...

Leave a Reply