KUALA LUMPUR – Laluan utama ke bangunan Parlimen dikawal ketat polis, pagi ini.
Ia susulan penangguhan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat berikutan kes positif Covid-19 yang membabitkan kakitangan Parlimen dan pegawai Ahli Parlimen.
Tinjauan mendapati laluan yang ditutup antaranya Bulatan Bank Negara Malaysia, Bulatan Masjid Negara dan laluan masuk Parlimen Lebuh Raya Sultan Iskandar.
Beberapa pemimpin pembangkang juga dilihat berkumpul di kawasan laluan masuk berhampiran Bank Negara Malaysia.
Sembilan trak membawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) juga dilihat bersedia di kawasan laluan masuk.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Wong Kah Woh berkata, beliau perlu masuk ke Bangunan Parlimen kerana perlu menghadiri prosiding perolehan bekalan vaksin hari ini.
“Saya perlu masuk ke Bangunan Parlimen kerana ada prosiding kali ketiga bersama Menteri Kesihatan dan Ketua Pengarah Kesihatan pagi ini,” katanya ketika ditemui.
Leave a Reply