Viral

Gadis kecewa dilayan kasar ketika mohon rentas negeri lawat jenazah datuk

Sejak Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP) kembali dilaksanakan, pergerakan merentas daerah dan negeri tidak dibenarkan kecuali atas sebab-sebab yang mustahak seperti kematian.

Akan tetapi, banyak dakwaan berkaitan kesukaran mendapatkan kelulusan merentas negeri walaupun berkaitan dengan kematian ahli keluarga terdekat.

Dalam satu perkongsian di Twitter, seorang wanita meluahkan rasa kesal selepas ibunya dilayan seperti sampah oleh anggota polis ketika memohon surat kebenaran merentas negeri untuk menguruskan pengebumian datuknya yang baru meninggal dunia.

Menurut Sarah Mustafa, ibunya bukan sahaja tidak diberi peluang untuk menjelaskan situasi yang mereka hadapi malah turut menaikkan suara dan bersikap sombong.

Oleh sebab itu, mereka mengambil keputusan drastik untuk merentas negeri tanpa surat pelepasan dari balai polis tersebut.

Bagaimanapun, dia bersyukur kerana anggota polis yang bertugas di Sekatan Jalan Raya (SJR) memberikan kerjasama dan membenarkan mereka meneruskan perjalanan selepas mereka menunjukkan bukti sijil kematian.

Sarah turut melahirkan rasa syukur kerana urusan pengebumian datuknya berjalan dengan lancar dan mereka dapat mengiringi jenazah hingga ke tanah perkuburan.

Sementara itu, netizen meluahkan rasa kesal dengan keadaan yang dialami oleh Sarah sekeluarga. Mereka menzahirkan ucapan takziah di atas kehilangan ahli keluarganya.

Ada dalam kalangan netizen turut berkongsi pengalaman ‘pahit’ mereka berurusan dengan pihak berkuasa ketika memohon surat merentas negeri.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!