Blog Berita Online

Berita Utama

Gadis Kuching Francisca Luhong James dinobat Ratu Cantik Malaysia

KUCHING — Gadis kelahiran Kuching, Francisca Luhong James, 25, dinobatkan sebagai Ratu Cantik Malaysia 2020 dan menewaskan 17 peserta lain.

Kemenangannya diumumkan dalam siaran langsung secara dalam talian semalam selepas dinilai pelakon dan pengarah Datuk Hans Isaac, Ratu Cantik Malaysia 2011 Deborah Henry serta pereka fesyen Carven Ong sebagai juri, lapor Borneo Post Online.

Program pentas akhir disiarkan melalui laman sesawang rasmi Miss Universe Malaysia https://mumo.com.my/.

Tempat kedua dimenangi Charissa Chong manakala tempat ketiga milik Serena Chai dan keempat Neha Verma.

Francisca, bekerja sebagai perhubungan awam dan pemasaran di Kuala Lumpur, berasal dari Orang Ulu.

Bapanya, James Bungan berketurunan Ulu Sungai Asap, manakala ibunya Pauline Japok merupakan Iban dari Kanowit.

Mengagumi Oprah Winfrey dan Michelle Obama, Francisca berhasrat untuk menemui dua selebriti dan bekas wanita pertama Amerika Syarikat itu.

“Saya ingin tahu apa yang ada dalam fikiran mereka, bagaimana rasanya dapat berbual dengan wanita yang berinspirasi,” katanya ketika sesi soal jawab.

“Saya mahu membuat kanak-kanak senyum dan menangis kegembiraan. Melihat mereka membesar menjadi manusia berjaya dan membanggakan keluarga, melihat mereka ke sekolah dan mendapat pendidikan yang sewajarnya.

“Ia satu kepuasan yang tidak boleh digambarkan melalui kata-kata. Melihat wanita melakukan perkara-perkara yang luar biasa, ia menakjubkan.”

Leave a Reply