Viral

Gadis Melayu ini dimalukan kerana tidak mahu pegang arak

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial, seorang juruwang enggan memegang botol arak ketika sesi pembayaran dibuat di kaunter sebuah kedai serbaneka di Johor Bharu.

Tindakan juruwang itu menimbulkan rasa tidak senang kepada pembeli arak berkenaan.

Dengan alasan ianya haram dan dalam keadaan berwuduk, juruwang yang merupakan seorang gadis Melayu itu menolak untuk memegang botol arak tersebut.

Kerana keengganannya itu ia menyebabkan transaksi pembelian tidak dapat dilakukan dan telah menyebabkan lelaki tersebut berang.

“Dia boleh cakap macam ini ke,” petik perbualan lelaki berkenaan tatkala memberitahu kepada seorang juruwang lain.

Juruwang itu kemudiannya mengambil alih peranan, dan menyelesaikan insiden di kaunter berkenaan.

Lelaki itu akhirnya dilihat, selesai membuat pembayaran dan berkata, “Saya maafkan awak, kerana juruwang ini”.

Tindakan gadis ini bagaimanapun menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

Antaranya daripada Kamar Salimon, yang berkata, “Tahniah pada adik tu kerana berpegang kuat dengan agama, moga dapat kerja yang lebih baik,”.

Sementara itu Azlan Hamzah pula berkata, “Cari kerja lain la dik yang tak terlibat dengan benda-benda haram.”

Loading...

4 Comments

  1. Adzlinhana

    terjadi gempa sbb 3 perkara : 1. maksiat berleluasa 2. arak bermaharajalela 3. lagu irama di mana mana.

  2. Naz

    Saya sokong supaya arak haram dijual di mana mana kedai serbaneka 24 jam dan arak boleh dibeli oleh org bukan islam di kedai khas yg menjual arak.

    • wan

      sape yg viral video ni…custumor mcm cibai…saje nk kena kan org.nak detail org ni boleh.

  3. Rudy

    Semoga adik perempuan di dimurahkan rezeki di tempat kerja yang lain…..Aamiin

Leave a Reply