Berita Utama

Gambar suspek dipercayai conteng mural Agong dirakam CCTV

Satu rakaman CCTV yang memaparkan dua wanita dipercayai individu yang bertanggung jawab menconteng lukisan mural pemimpin-pemimpin negara di Taman Cahaya Alam, Seksyen U12, Shah Alam, tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi 2:20 minit itu, kelihatan wanita terbabit menconteng mural tersebut dengan kata-kata kesat seperti babi, bangsat dan sebagainya.

Suspek dikatakan memberhentikan kenderaan mereka di bahu jalan sebelum berjalan ke arah mural tersebut lalu menyembur menggunakan spray berwarna merah.

Susulan itu, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah membuat satu laporan polis untuk mengesan dan mengambil tindakan terhadap individu terbabit.

MBSA dalam kenyataannya berkata, langkah segera untuk mengecat semula dinding tersebut dengan cat berwarna putih juga telah dilakukan.

“MBSA memandang serius terhadap tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab yang melakukan vandalisma dengan menconteng lukisan mural di kawasan komersial tersebut.

“Tindakan vandalisma ini sangat dikesali kerana mural tersebut diabadikan sebagai menghargai peranan dan sumbangan semua pihak khususnya pemimpin negara yang bekerja keras dan komited untuk menangani wabak Covid-19,” katanya.

Loading...

Leave a Reply