Berita Utama

Gangguan air: Rakyat jangan salahkan kerajaan, kata Exco Selangor

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air akibat pencemaran sungai yang kerap berlaku telah menyebabkan pengguna yang terjejas menyalurkan kemarahan mereka kepada kerajaan negeri Selangor.

Namun begitu, Exco kerajaan negeri, Hee Loy Sian meminta orang ramai supaya mengutuk orang yang mencemarkan sungai dan bukannya kerajaan negeri.

Ketika dihubungi China Press, Loy Sian juga memberitahu, orang ramai yang berjaya mendedahkan identiti orang yang mencemarkan sungai akan diberi ganjaran RM20,000.

Beliau yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang berkata, kerajaan negeri akan menjadi sasaran dan dimarah setiap kali berlaku pencemaran sungai.

Menurutnya, kerajaan tidak menolak kemungkinan pencemaran yang kerap berlaku adalah perbuatan yang disengajakan dan pihak pengurusan air berkaitan juga telah membuat laporan polis.

Katanya, kerajaan Selangor juga telah mengaturkan rondaan oleh pihak berkuasa selama 24 jam, tetapi usaha itu tidak menjamin bahawa setiap pesalah akan berjaya ditahan.

Sejak September, Sungai Gong, Sungai Semenyih dan Sungai Selangor telah mengalami pencemaran secara berturut-turut dan keadaan itu menyebabkan ramai pengguna di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor mengalami gangguan bekalan. – MalaysiaGazette

Loading...

Leave a Reply