Politik

‘Geli saya kepada PPBM ni sama saja geli saya kepada PAN’

Geli saya kepada PPBM ni sama saja geli saya kepada PAN. Suruh saya kibar bendera bunga raya ni sama saja macam suruh saya cium tangan Mat Sabu.

Janganlah keluarkan hujah perpaduan atau lawan DAP. Kalau PPBM itu benar-benar lawan DAP, mana suara mereka ketika ICERD? ketika Statute Rome? ketika penjualan aset Tabung Haji? ketika hubungan diplomatik luar dirosakkan? dan ketika institusi SPRM dan Peguam Negara diserahkan kepada lantikan politik?

Mana? Bukankah ketika itu UMNO dan PAS sendirian membajai semangat juang umat Islam dalam mengharung badai celaka yang merosakkan negara? Sehingga dituduh rasis dan perkauman oleh sebuah lagi parti kecil Melayu yang kini berlagak nak jadi naga.

PPBM hanya keluar selepas kekalahan besar PRK Tanjung Piai. Itu adalah wake up call terbesar mereka yang memaksa parti itu keluar daripada PH untuk terus survive. Dan merekalah yang menumpang rumah kita.

Untuk survive. Bukan untuk umat pun.

Memang betul TS Muhyiddin tu hebat dan layak menyambung penggal kedua sebagai PM. Tetapi hebatnya TSMY adalah kerana pasukan Muafakat Nasional di belakangnya.

Tanpa Ismail Sabri yang mengkoordinasi keselamatan negara ketika wabak, tanpa H20 (Hishammuddin Hussein) yang membaiki hubungan diplomatik dengan negara asing, tanpa Takiyuddin yang memulihkan integriti sistem keadilan dan parlimen, tanpa Zafrul yang menstruktur semula inisiatif ekonomi dan tanpa Adham yang membangunkan fasiliti perubatan secara besar-besaran dalam masa singkat, Muhyiddin tidak akan berjaya.

Nak harapkan Azmin? Dia pun sibuk dengan projek kereta.

Nak bergabung atau tidak, kembalikan kepada akar umbi. Buat Perhimpunan Agung khas. Biarkan perwakilan berbahas.

Jangan sampai ketika itu seluruh pimpinan atasan ditumbangkan oleh amarah ahli bawahan

Sumber: Abdul Rahim Hilmi Zakariya

Loading...

Leave a Reply