Blog Berita Online

Berita Utama

Gita Lestari satu-satunya pramugari bertudung ucap Bismillah saat pesawat berlepas

JAKARTA – Satu-satunya pramugari bertudung dalam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas sempat memuat naik sepotong doa ke akaun Instagram sebelum pesawat tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta.

Pramugari itu, Gita Lestari memuat naik ucapan Bismillah dan memohon doa agar pesawat mereka selamat pergi dan pulang.

Selain Gita Lestari, terdapat lima lagi kru pesawat termasuk juruterbang Kapten Afwan dan pembantunya Deigo Mahmit.

Dalam pada itu pencarian hari ini untuk menemui mangsa yang hidup dari 62 orang dalam pesawat malang itu tipis sebaiknya hanya cebisan mayat ditemui di dalam lautan tersebut semasa operasi pencarian dilakukan.

Sebuah beg mayat mengandungi anggota badan korban nahas pesawat Sriwijaya Air tiba di Hospital Polis Jakarta sebentar tadi, lapor portal Kompas TV.

Pihak hospital juga akan melakukan pemeriksaan antemortem bagi menentukan kecederaan yang dialami mangsa sebelum terkorban.

Waris keluarga kepada penumpang pesawat Sriwijaya Air SJ-182 diminta hadir untuk memberi sampel DNA masing-masing.

Setakat ini, ada empat waris keluarga seleas memberi sampel DNA. Sampel itu akan digunakan untuk mengesan dua penumpang pesawat Sriwijaya Air yang dipercayai terhempas di Kepulauan Seribu.

Sebelum ini akhbar melaporkan sebuah pesawat komersial Sriwijaya Air dilaporkan hilang kontak selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju ke Pontianak, hari ini.

Menurut jurucakap Kementerian Perhubungan (Pengangkutan) Indonesia, pesawat komersial itu berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat dan dijadualkan tiba di Pontianak, jam 3.15 petang waktu Indonesia Timur (4.15 waktu Indonesia Barat).

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada 2.40 petang waktu Indonesia Timur, sebelum hilang, kata jurucakap berkenaan menerusi pesanan ringkas WhatsApps.

Leave a Reply