Berita Utama

Guan Eng mengaku tidak bersalah, diikat jamin RM1 juta

BEKAS Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengaku tidak bersalah atas tuduhan rasuah berkaitan projek terowong bawah dasar laut bernilai RM6.3 bilion di negeri itu.

Guan Eng yang juga mantan Menteri Kewangan, dituduh meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperolehi daripada Datuk Zarul Ahmad Zulkifli.

Zarul adalah pengarah eksekutif kanan Consortium Zenith Construction Sdn Bhd (CZC), firma yang memperoleh projek itu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa Guan Eng di bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta SPRM 2009, yang membawa hukuman denda hingga lima kali nilai suapan atau RM10,000, dan penjara tidak melebihi 20 tahun.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin meminta agar jaminan ditetapkan pada jumlah RM2 juta, dengan mengatakan bahawa rasuah adalah barah bagi masyarakat.

Peguam yang mewakili Guan Eng, Gobind Singh Deo kemudian meminta jaminan yang lebih rendah, mengatakan anak guamnya akan bekerjasama dengan mahkamah dan akan menghadiri semua prosiding.

Hakim Azura Alwi menetapkan jaminan pada RM1 juta dengan dua penjamin, dan mengarahkan Guan Eng menyerahkan pasportnya ke mahkamah.

Prosiding mahkamah selesai, dengan sebutan semula kes ditetapkan pada 9 September.

Guan Eng dijangka menghadapi lebih banyak pertuduhan di Mahkamah Sesyen Pulau Pinang minggu depan. – THE STAR

Loading...

Leave a Reply