Berita Utama

Guan Eng mengaku tidak bersalah terima suapan RM3.3 juta

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berdepan satu pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan bernilai RM3.3 juta, hari ini.

Menurut pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi ini Lim berbuat demikian bagi membantu syarikat kontraktor milik Zarul Ahmad Mohd Zulkifli agar dilantik melaksanakan projek bernilai RM6.3 bilion.

Lim didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang antara Jan 2011 dan Ogos 2017.

Ia merupakan projek menghubungkan laluan utama dan terowong dasar laut yang menghubungkan Butterworth ke bahagian pulau.

Dia dakwa mengikut Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009 dan boleh dihukum mengikut seksyen 24(1) akta sama.

Jika disabitkan bersalam Lim boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Terdahulu semasa tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth pagi tadi, Lim berkata pihaknya masih tidak tahu apa dakwaan yang akan dikenakan ke atas bekas menteri kewangan tersebut.

Seorang daripada peguam bela Lim, Gobind Singh Deo, berkata pihaknya masih tertanya-tanya berkenaan dakwaan yang akan dibuat oleh pihak berkuasa.

Lim pula berkata dia hanya akan memberi kenyataan selepas pertuduhan dibacakan di mahkamah hari ini.

Lim tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.55 pagi ditemani isterinya, Betty Chew dan ibunya. Mereka kemudian disambut pemimpin dan penyokong Pakatan Harapan (PH).

Antara pemimpin PH yang kelihatan setakat ini ialah exco negeri, Soon Lip Chee dan Phee Boon Poh; bekas esco, Abdul Malik Abdul Kassim dan Anggota Parlimen Ipoh Timur Wong Kah Woh.

Anggota parlimen Bagan itu dijadual didakwa di depan hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

Selain Gobind, turut bertindak sebagai peguam bela Lim ialah Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan V Vemal Arasan, manakala Ahmad Akram Gharib, Muhamad Mukhzany Fariz Mohd Mokhtar dan Francine Cheryl Rajendram bertindak sebagai timbalan pendakwa raya.

Pada 7 Ogos lalu Lim sudah didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana didakwa meminta suapan daripada projek terowong dasar laut yang bernilai RM6.3 bilion.

Difahamkan seorang bekas exco Pulau Pinang, Lim Hock Seng, turut dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk memberi keterangan sebelum ini.

Loading...

Leave a Reply