Berita Utama

Guru al-Quran maut dirempuh ketika jalan kaki untuk solat Subuh

Guru al-Quran Masjid Al-Fattah, Nilam Puri, Kelantan maut dirempuh kereta ketika sedang berjalan kaki ke masjid untuk menunaikan solat Subuh, Ahad lalu.

Dalam kemalangan itu, mangsa yang dikenali sebagai Ustazah Latifah maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut sumber, ketika hayatnya arwah banyak menghabiskan masanya di masjid dengan mengajar wanita di kampungnya mengaji al-Quran.

Bukan itu sahaja, setiap kali bulan Ramadan, arwah sentiasa bertadarus di masjid.

Sementara itu, rata-rata penduduk kampung menyifatkan kematian arwah sebagai pemergian yang dicemburui.

Semoga Allah menempatkan roh Ustazah Latifah dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Al-Fatihah..

Loading...

Leave a Reply