Berita Utama

Halang jual minuman keras, Malaysia akan menjadi seperti Taliban kata Siti Kasim

KUALA LUMPUR – Aktivis masyarakat Siti Zabedah Kasim menyelar keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menghalang penjualan arak di kedai serbaneka, kedai ubat tradisional Cina dan kedai runcit.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Siti Kasim berkata keputusan tersebut akan menyebabkan negara ini menjadi seperti Taliban.

“Negara ini sedang menuju untuk menjadi seperti negara Taliban. Ingat kata-kata saya ini. Mereka akan mengambil hak kita satu demi satu.

“Andai anda tidak menyatakan sesuatu, tidak lama lagi negara ini akan lebih teruk dari Pakistan, Arab malah Nigeria!,” katanya melalui satu kenyataan.

Menurutnya adalah sangat tidak wajar untuk kerajaan menghalang hak mana-mana rakyat yang ingin meminum arak di negara ini.

“Seriously, apa hal yang dia orang jaki sangat tentang penjualan arak di kedai-kedai ni ah? Pasal pemandu mabuk? Berdasarkan statistik yang diterima kemalangan disebabkan pemandu mabuk adalah diantara yang paling rendah.

“Jangan gunakan alasan ini untuk menghalang hak mereka yang ingin dan boleh minum arak di negara ini!,” tegasnya lagi.

Siti Kasim turut mendakwa keputusan tersebut mugkin dipengaruhi oleh golongan aktivis pro Islam di negara ini.

“Kalau kau orang tak nak minum, botol alcohol tu tak ada nak merayap kat kamu atau memanggil-manggil kamu suruh beli. Ni mesti idea Islamofascists yang secara oerahan ingin melaksanakan ajaran mereka lah ni.

“Seperti yang telah mereka lakukan pegawai kerajaan dan sekolah kita. Tu sebab ramai orang Melayu dah tak boleh berfikir guna otak dia orang lagi…#NoMoreSilence #kitajagakita,”ujarnya lagi.

Terdahulu DBKL memperketatkan garis panduan dan syarat permohonan lesen minuman keras yang baharu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Ahad lalu.

Loading...

Leave a Reply