SETIAP yang bernyawa pasti akan marasai mati.
Sebagai hamba, kita perlu bersedia dan menerima segala ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah seperti kisah duka yang dikongsi seorang wanita ini selepas dia kehilangan anak perempuan yang amat disayanginya.
Menurut Sharmila Ismail, anaknya Nur Aida Izzati telah menghembuskan nafas terakhir 28 November yang lalu selepas menderita kanser sarkoma.
Mengenang kembali memori dan kenalangan mereka bersama, Sharmila berkata anaknya itu sangat menggemari masakannya dan menjadi pengkritik nombor 1 air tangannya.
“Kamulah yang selalu puji masakan Ma sedap walau ada masanya Ma masak tak sedap mana pun. Kamulah orang yang suka sibuk dekat dapur.
Kamulah orang pertama yang akan tadah pinggan dulu biarpun makanan belum lagi masak,” ujarnya.
Sharmila memaklumkan arwah pernah memintanya menyediakan menu kegemarannya sempena sambutan hari lahir yang bakal tiba, namun tidak sempat berbuat demikian keran arwah telah pergi terlebih dahulu.
Demi memenuhi hajat ‘terakhir’ anak tercinta, wanita ini mengambil keputusan untuk menghidangkan makanan kegemaran arwah pada majlis tahlil yang ke-100 hari, baru-baru ini.
“Makanan untuk majlis tahlil kamu juga Ma hanya tempah dengan katering. Semua makanan kesukaan kamu.
“Ayam masak merah, sambal udang, daging goreng kunyit. Sayangnya kamu pergi awal enam hari.
“Pada tahlil yang ke-7 juga hari lahir kamu, Ma dah tunaikan semua permintaan kamu. Kek hari lahir yang kamu nak pun ada,” ujarnya.
Sharmila berkata, arwah sempat sempat melihat kek hari jadi yang dikirim oleh individu yang datang menziarahinya namun ketika itu arwah sedang nazak dan hanya memandang sepi kek tersebut.
“Ma mintak kamu potong kek ni, tapi kamu diam je, kamu pandang lama kek ni. Lepas berapa minit kamu seperti hendak tidur. Mata kamu mulai pejam. Ma pegang tangan dan badan, semua sejuk.
“Begitu mudah sakratul maut menjemput kamu. Mungkin kamu puas hajat kamu tertunai walaupun hari jadi kamu belum tiba,” katanya.
Leave a Reply