Berita Utama

‘Harap-harap tak bertembung dengan saya’ – Gurauan terakhir mangsa nahas helikopter

Komen yang dimuat naik di Facebook mungkin menjadi gurauan terakhir arwah Mohd Irfan Mohamed Rawi, 44, salah seorang mangsa yang maut dalam nahas melibatkan pertembungan dua helikopter di Taman Melawati Ampang, tengah hari tadi.

Menerusi komen yang ditinggalkan arwah di Facebook sahabatnya malam tadi, arwah sempat berseloroh dengan berharap agar dron milik sahabatnya tidak bertembung dengan helikopter milik arwah.

”Harap-harap tak bertembung dengan saya,” kata arwah yang turut disambut dengan gurauan balas dari sahabatnya.

Namun, siapa menyangka, itu menjadi gurauan terakhir dari seorang sahabat sebelum dijemput Ilahi, beberapa jam kemudian.

Arwah disifatkan sebagai salah seorang anak Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan dan sangat disenangi kerana keperibadian yang baik.

Malah, arwah juga giat menulis mengenai kisah hidupnya di Facebook selain kerap berkongsi tips mengenai industri penerbangan.

Semoga arwah Irfan dan seorang lagi mangsa, Mohd Sabri Baharon, 56, ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman.

Diharapkan agar ahli keluarga kedua-dua mangsa diberikan ketabahan untuk menerima dugaan ini. Aaminn..

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!