Berita Utama

Hasrat buat kejutan untuk mak ayah tidak kesampaian, dua beradik ajal bersama

JEMPOL – Dua beradik disahkan meninggal dunia di Hospital Tuanku Ampuan Najihan (HTAN) selepas abang terbabit dalam kemalangan, manakala adiknya diserang sawan di lokasi kejadian kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Simpang Pertang, di sini, semalam.

Dalam kejadian pukul 4.15 petang itu, mangsa kemalangan, Hafidzan Zainal, 44, yang bekerja sendiri dikejarkan ke HTAN bagi rawatan lanjut, namun disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan kira-kira pukul 8.20 malam oleh pasukan paramedik.

Manakala adiknya, Mohd Fauzi Zainal, 39, disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan dari lokasi kejadian ke HTAN bagi rawatan lanjut susulan diserang sawan.

Menurut sumber, Hafidzan dan Fauzi baru sahaja membeli sebuah kereta untuk dihadiahkan kepada ibu bapa mereka.

Ketika memandu kereta tersebut, Hafidzan telah terbabas manakala Fauzi yang mengekori dari belakang terkejut melihat abangnya terlibat dalam kemalangan terbabit dan dalam masa yang sama, mangsa pengsan dan mulutnya berbuih.

“Mangsa terus dikejarkan ke HTAN, namun disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Pemeriksaan dibuat terhadap tubuh mangsa dan didapati tiada kecederaan atau luka luaran yang disyaki ada unsur jenayah.

“Semakan rekod perubatan dibuat dan mangsa didapati mempunyai sejarah sakit sawan. Bedah siasat ke atas mangsa (Fauzi) dijalankan pukul 10 pagi tadi bagi mengetahui punca kematian,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Chang Hock berkata, abang mangsa (Hafidzan) dipercayai terbabit dalam kemalangan selepas hilang kawalan lalu terbabas ke bahu kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan.

Berdasarkan siasatan awal, mangsa yang memandu kereta jenis Proton Iswara dalam perjalanan dari arah Simpang Pertang menghala ke Kuala Pilah.

“Mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala disahkan meninggal dunia. Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. – K! ONLINE.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!