Blog Berita Online

Viral

Hasrat ziarah ibu di kampung tidak kesampaian, lelaki maut bergesel treler

HASRAT seorang pemuda untuk pulang bertemu ibunya kerana rindu yang mendalam tidak kesampaian apabila dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Menurut perkongsian oleh Skuad Pengurusan Jenazah – SPJ Malaysia yang membantu menguruskan jenazah, arwah dilaporkan terlibat dalam kemalangan jalan raya setelah bergesel dengan sebuah lori treler.

Siapa menyangka, ibu yang menanti kepulangan anak yang merinduinya, hanya mampu menyambut jasad si anak yang sudah tidak lagi bernyawa.

Sayu, kita sebagai manusia hanya mampu merancang, namun begitulah takdir Allah yang sudah tertulis.

Niat pulang untuk bertemu ibu.. Pulang kepangkuan si ibu sebagai jenazah..

Kembalinya seorang anak lelaki harapan si ibu kepada Pencipta-Nya.. Jenazah nahas kemalangan jalan raya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al-Raudhah Nilai..

Allahyarham Qamarul Ariffin Jasmi meninggal dunia selepas bergesel dengan sebuah lori treler..

Kemalangan yang meragut nyawa anak muda berusia 25 tahun itu berlaku dilebuhraya Elite berhampiran susur ke Sepang..

Dikatakan arwah hendak pulang ke rumah kakaknya di Nilai untuk melawat ibunya.. Si ibu dikatakan menetap bersama kakak arwah..

Kerana terlalu rindukan ibu..

Oleh kerana rindukan ibunya arwah mengambil cuti tahunan dan berhasrat untuk pulang menemui ibunya itu.. Arwah bertolak dari Wesport setelah habis waktu berkerja sekitar pukul 04.00 petang pada sabtu yang lalu..

Ketika dalam perjalanan motosikal yang ditunggang oleh arwah bergesel dengan sebuah lori treler.. Selepas bergesel motosikal yang ditunggangi terbabas dan arwah meninggal dunia ditempat kejadian..

Arwah menyewa rumah di Pulau Indah bersama 2 orang rakan bujangnya dan baru 5 bulan berkerja di Wesport..

Arwah adalah anak kedua dari 3 orang adik beradik.. Yang pertama kakaknya dan yang ketiga pula ialah adik perempuan arwah..

Anak lelaki tunggal pergi selama-lamanya..

Bermakna arwah adalah anak lelaki tunggal di dalam keluarga selepas bapanya meninggal dunia sejak beberapa tahun yang lalu.

Kini, anak harapan di dalam keluarga telah pergi selama lamanya meninggalkan ibu dan dua lagi adik beradik.

Pihak keluarga telah menghubungi kami pada hari sabtu yang lalu melibatkan pengurusan jenazah arwah..

Oleh kerana perlu melalui proses saringan covid-19 sebelum boleh dibedah siasat untuk mengetahui punca kematian arwah.. Jenazah hanya boleh kami uruskan dibilik pengurusan jenazah milik Hospital Serdang selepas zohor tadi..

Selepas jenazah dimandi dan dikafankan.. team kedua UKVJ terus membawa jenazah ke Masjid Al-Azim Taman Semarak Nilai untuk disolatkan..

Selesai disolatkan jenazah terus dibawa ke tanah perkuburan dan kemudian selamat dikebumikan sekitar pukul 06.20 petang..

Semoga ibu dan adik beradik arwah redha dengan kehilangan insan yang mereka sayang..

Setiap yang berlaku sudah Allah tetapkan.. Kehidupan dan kematian manusia hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..
Salam takziah!

Leave a Reply