Berita Utama

Hina TMJ, Patrick Teoh didakwa di mahkamah esok

Pelakon dan juga penyampai radio dijangka akan didakwa di mahkamah esok berkaitan kes menghina Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim,

Memetik laporan The Malaysian Insight, Teoh mengesahkan bahawa dia akan didakwa esok di mahkamah di Johor.

Bulan lalu Teoh direman susulan kes memuat naik kenyataan jelik terhadap Tunku Mahkota Johor dan institusi diraja Johor.

Media sebelum ini melaporkan, Teoh, 73, ditahan polis di Petaling Jaya, Selangor pada 9 Mei lalu atas tuduhan menghina Tunku Mahkota Johor sebelum keterangannya diambil.

Juruhebah dan pelakon komedi terkenal itu didakwa berkongsi semula video lama Tunku Ismail berpakaian tentera dan mengendalikan senjata api.

Teoh juga didakwa memuat naik kata-kata kasar ketika berkongsi video itu di akaun Facebooknya, Khamis lalu sebelum laporan polis dibuat.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana penggunaan rangkaian yang tidak betul.-SM

Loading...

Leave a Reply