Viral

‘Kami hanya mahu mak gembira’ – 6 beradik hadiahkan ibu rantai emas guna wang i-Sinar

Enam beradik menggunakan wang yang mereka terima menerusi i-Sinar dengan membeli seutas rantai emas sebagai hadiah untuk ibu tersayang.

Menurut Norsilawati Mohamad, dia mendapat idea tersebut setelah teringat akan pengorbanan yang dilakukan ibunya selama ini.

“Mak la yang bersusah payah kejutkan kami bangun setiap pagi takut terlewat pergi kerja, mak sediakan sarapan, dan mak jugak yang akan teman kat depan seawal Subuh sehingga kami pergi kerja.

“Dan mak jugak yang akan setia menanti kat pintu bila kami balik kerja lewat malam.. Ada yang naik van, naik bas, naik motor dulu,” katanya.

Menurutnya, idea berkenaan dipersetujui lima adik-beradiknya yang lain sebelum mereka pergi ke kedai emas untuk membeli perhiasan tersebut.

Mereka kemudiannya meletakkan rantai emas itu di dalam bungkusan KFC sebagai kejutan buat ibu.

Apabila ibu mereka membuka kotak berisi rantai emas tersebut, maka berjujuranlah air mata warga emas itu sebagai tanda kegembiraan.

Norsilawati berkata, dia dan adik beradiknya sanggup melakukan apa sahaja demi melihat ibu mereka gembira.

“Bila kerajaan bagi i-Sinar ni, benda pertama yang kami fikir bukan untuk peribadi, tapi untuk mak. Nak mak senyum, nak mak gembira.

“Alhamdulillahh, i-Sinar gunakan la sebaiknya. Kami hanya ada mak sahaja, InnshaaAlllah kami akan bahagiakan mak dengan cara kami,” ujarnya.

Video kejutan itu kemudiannya dimuat naik ke aplikasi Tiktok dan menerima reaksi positif dari netizen.

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!