Blog Berita Online

Viral

Ibu usir anak 2 tahun dari rumah kerana suami baru tak suka

Anak adalah anugerah daripada Maha Pencipta kepada setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga. Namun kebelakangan ini kes buang anak bukanlah masalah baru dalam kalangan masyarakat.

Sebaik sahaja melahirkan, maka ibu ayahlah bertanggungjawab sepenuhnya untuk membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang serta menyediakan pelbagai keperluan harian mereka.

Kisah ibu buang anak kandung yang masih kecil

Siapa sangka disebabkan suami baharu, ada ibu yang tergamak mendera dan buang anak tanpa belas kasihan. Menerusi perkongsian yang dibuat oleh seorang pekerja sosial dari negara seberang, Thailand, dia telah berkongsi kisah seorang kanak-kanak telah dihalau oleh ibu kandungnya sendiri.

Dia bertindak sedemikian kerana tidak mahu anak malang tersebut menganggu kehidupan baru mereka berdua.

Paling menyedihkan lagi, kanak-kanak berkenaan telah ditinggalkan di hadapan pusat kebajikan dan diminta menekan loceng pagar pusat berkenaan sebelum dia beredar menaiki sebuah motosikal.

Anak kecil berkenaan turut dilihat membawa bersamanya satu beg plastik pakaian, patung permainan dan sekeping surat yang ditulis oleh ibunya. Melalui penulisan dalam surat tersebut, ibunya mengatakan bahawa tida mampu membesarkan budak berkenaan.

Kehidupan mereka miskin dan suami barunya pula tidak dapat menerima kanak-kanak itu sebagai anak tiri.

Terdapat banyak kesan cedera

Memandangkan kanak-kanak itu telah datang ke pusat kebajikan, pihak mereka telah membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana terdapat banyak kesan kecederaan di seluruh badannya.

Besar kemungkinan kanak-kanak tersebut telah didera oleh ibu ayahnya, jelas kelihatan parut dan kesan lebam di banyak tempat anggota tubuhnya. Setakat ini, pihak polis sedang menjalankan siasatan terperinci mengenai kes buang anak oleh ibu kandungnya.

Kanak-kanak itu juga sedang menerima rawatan bagi menyembuhkan kecederaan yang dihadapi.

Leave a Reply