Hiburan

Ibu mentua Ako Mustapha meninggal dunia akibat Covid-19

PELAKON Ako Mustapha memaklumkan ibu mentuanya, Hajah Santanina meninggal dunia akibat jangkitan Covid-19 di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.

Khabar duka tersebut dikongsi Ako atau nama sebenarnya Muhaizad Ahmad Mustapha, 48, menerusi satu muat naik dalam Facebooknya semalam.

“Assalamualaikum semua, dukacita dimaklumkan bahawa ibu mentua saya, Hajah Santanina telah kembali ke rahmatullah di HKL akibat virus Covid-19,” tulisnya dalam entri tersebut.

Terdahulu, Ako pernah berkongsi mengenai keadaan kesihatan ibu mentuanya yang berada dalam keadaan kurang sihat sehingga dimasukkan ke hospital sekitar April tahun lalu.

Ako berkahwin dengan anak Allahyarham, Kartina Shuaib pada 17 Januari 2009 dan dikurniakan empat orang anak. – K! ONLINE

Loading...

Leave a Reply

error: Content is protected !!